Strategi pertempuran Pertempuran Sungai Blood

Pada 15 Disember, pihak Voortrekker mendapat berita tentang kemaraan bala tentera Zulu yang besar. Pretorius telah memilih satu lokasi yang sangat sesuai iaitu di sebelah Bloedrivier ("Sungai Darah"), di mana kereta lembu mereka disusun menjadi sebuah laager - satu formasi ketenteraan di mana kereta lembu disusun sama ada dalam bentuk segi empat atau bulatan.

Perwira Zulu atau Impi telah berulang kali menyerang laager Voortrekkers tetapi gagal menembusinya. Oleh sebab bala tentera Zulu yang besar, Pretorius bimbang bekalan pelurunya akan habis. Lalu, beliau pun mengarahkan pasukan berkudanya keluar dari kubu tersebut dan menyerang tentera Zulu secara langsung. Pasukan berkudanya yang pakar dalam memburu telah membunuh beberapa ratus tentera Zulu, setengahnya masih menyeberang sungai Ncome. Akibatnya sungai itu bertukar menjadi merah darah dan sehingga ke hari ini dipanggil Sungai Darah atau Sungai "Darah". Pretorius sendiri telah tercedera akibat lembing assegai (lembing Zulu) yang menikam tangan kirinya. Selepas mengalami kekalahan yang teruk, tentera Zulu pun terpaksa berundur. 3,000 daripada tentera mereka telah terkorban, manakala hanya 3 askar Boer sahaja yang tercedera.

Kemenangan bangsa Boer adalah disebabkan kelebihan senjata api mereka iaitu senapang dan tiga buah meriam. Namun semangat juang mereka yang tinggi mungkin disebabkan keinginan membalas dendam atas pembunuhan beramai-ramai Voortrekker di tangan Raja Dingane.

Penawanan UmGungundlovu serta pelemahan kuasa ketenteraan Dingane menyebabkan Putera Mpande mewujudkan suatu gabungan ketenteraan bersama pihak Pretorius, lalu memarakkan Perang Saudara Zulu.